Friday, June 26, 2009

Novel

Tiba-tiba teringat event penting dalam hidup aku hari ni... Pernah dengar mengenai Alaf 21? Sesiapa yang suke baca novel mesti tau aper tu Alaf 21. Untuk maklumat anda semua kebanyakan novel-novel terbaik tempatan di bawah terbitan Alaf 21. Ape yang bestnya hari ni Alaf 21 ader buat "Pesta Buku Alaf 21". So bagi sesape yang baru nak berjinak-jinak dengan novel atau nak mencuba sesuatu yang baru sebagai hobi anda inilah masanya... Terdapat potongan harga istimewa... Pergi tau!

:: Event "PESTA BUKU ALAF 21" ::

Novel yang sehingga kini masih lagi menghantui jiwa dan sanubari aku ni adalah novel trilogy daripada novelis tanahair Ramlee Awang Mursyid. Perggghhh dier punya penangan thumbs up beb... Try la baca... suka sangat!!! Kebanyakan novel-novel beliau bertemakan thriller... tapi novel yang trilogy ni la paling aku minat. Aku bagi frontpage novel-novel nie... layanzzzzz...

:: Trilogy ::

Tapi jalan story novel nie memang best... Seolah-olah diri kita sendiri berada di dalam alam itu... mengasyikkan!!! Aku tak nak story mengenai novel-novel tersebut sebab aku nak anda semua merasai pengalaman itu sendiri dengan membacanya... ;) Cuma aku tabik mengenai novelis-novelis Malaysia... You're great! Aku pun dulu pernah gak bercita-cita nak jadi novelis... tapi tersentap... takper la... novelis dalam blog... hahahaha.

By the way... anything kalau nak tahu further about Alaf 21 nie rajin-rajinlah layari lawan web http://www.alaf21.com.my/page22.htm Macam-macam ader kat dalam nie termasuklah resepi n etc...

"Sebagai manusia aku sayang padamu...." - Laksamana Sunan










































































Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Hari ini adalah "Hari Bapa Sedunia". Buat ayah tersayang Tuan Haji Toraji bin Sadon "Selamat Hari Bapa" ayah... walaupun aku jarang mengucapkan sayangku padanya... aku memang menyayanginya sepenuh hati ini... Terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya... terutamanya kasih sayangmu, pengorbananmu, didikanmu, penjagaanmu, marahmu dan etc. Tidak lupa juga buat abah mertuaku Tuan Haji Mohd Haron bin Mohd Amin "Selamat Hari Bapa" aboh....! Love u also... hehehe... Yang penting juga... buat suami tercinta... "Papa, terima kasih menjadi papa yang the best untuk anak-anakku... Happy Father's Day... mmmuuaaahhh".

Mengenai Hari Bapa Sedunia ni... ada yang menarik tentang ketiga-tiga lelaki ini dalam hidup aku. Ayahku... pernah sekali aku (yang pernah aku lihat, yang tak pernah aku lihat maybe banyak kali kot) membuat ayahku menitiskan air matanya kerana aku... Kerana sebab aku tak dapat menceritakannya di blog ini... Maaf! Terlalu sensitif... Tetapi kerana air mata itu aku lebih berani menjalani kehidupan ini dengan lebih bersemangat walau apa dugaan yang melanda. Buat aboh... walaupun dia nampak serius tetapi dia seorang yang kelakar dan sensitif dengan keadaan... terutama anak-anak dan menantu kesayangannya ini... Suamiku pulak... walaupun dia suka duduk di depan komputernya (bini kedua dia la tu)... dia tetap comel di mata ku dan anak-anak... ;) Go! Go! Caiyok! Semoga papa tetap papa dihatiku dan anak-anakku selama-lamanya...

Apa pun yang terjadi... ayah, aboh dan papa tetap aku sanjung! I love you all... so much!

:: Ayah (My lovely dad) ::

:: Aboh (Suami aku punya bapak la...) ::

:: Hubbyku ::