Assalammualaikum w.b.t
Aku rasa kenangan Ramadhan tahun lalu masih segar dalam ingatan... Kini Ramadhan yang baru sudah tiba... Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang paling sibuk terutamanya para ibu... selain membuat persediaan bersahur dan berbuka mestilah persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri... ;)
Yang paling istimewa Ramadhan tahun ini anak aku yang kecil - Haidan, sudah cuba2 berpuasa... Hari pertama puasa dia hanya dapat bertahan sehingga pukul 4.30pm... tetapi hari ini (hari ke-2) dia dapat menunaikan ibadah puasanya dengan senpurna... Alhamdulillah... Aku bangga sekali melihat anak2 bersungguh2 menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini... Seharusnya ibubapa mendidik dan menerapkan Rukun Islam dan Rukun Iman ke jiwa anak2 dari lahir sehingga dewasa... InsyaAllah anak2 kita akan menjadi manusia yang beriman dan berjaya di dunia juga di akhirat khususnya...
Okey la... Aku berhenti di sini dahulu... bersambung di lain episod... Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia... jangan lupa berterawih... dan menunaikan zakat.... wajib tu! :)
Wassalam...
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
